Tumpasnya Tongsan Mantin

Segalanya bermula apabila nafsu membuak - buak dalam diri.Heh2 he!

"Man jom g mancing jom, tak tahan dowh.." Diriku berkata kpd aiman, geng mancingku. "Jom..no hal, ape target?" man berkata.
" Tongsan la..." Aku membalas.

Maka bermulalah trip kami.Kami menuju ke kolam pancing di mantin, bersebelahan Kolej Lagenda di perkampungan orang asli. Sasaran kami pada kali ni adalah ikan tongsan. Kenapa ikan tongsan? Ini kerana, ikan tersebut merupakan ikan terbesar yang terdapat di kolam tersebut. Dianggarkan berat ikan tersebut mencecah 13 kg. Itu sudah dianggap berat dan besar.

Dalam perjanan ke Mantin. Sempat senyum beb. Janji Pose kat mana2 bile nak bergambar.Heh he...di belakang, Aiman tengah setting barang pancing walaupun dalam kereta.Pastu ngadu pening kepala kat aku, hampeh..

Dalam perjanan ke kolam pancing tersebut mesti akan nampak apartment Kolej Lagenda.Ha..maknenye dah dekat la 2, akan tetapi....azab akan tiba..

Fuhyooo....siap lalu terowong lagi tu bile nak pegi kolam nie.

Maka bermula azab.Jalan ke kolam tersebut separuhnye tidak berturap. Kalau naik kete lowered kompom sangkut beb. Nasib kancilku sudah biasa dengan habitat macam nie.

Perh!! jauh lagi nie beb...

Selepas itu akan melalui jalan estet dan kemudian akan sampai ke perkampungan orang asli.

Akhirnya, setelah 45 minit perjalanan dari Seremban kami pun tiba di hadapan rumah tokey.
Aku tengah setting pancingku..
Pancing yang menanti mangsanya.

Mangsa pertama..Sasaran telah ditumpaskan. Tongsan 7.5 kg berjaya didaratkan.

Wajah gembira terpancar dimuka Aiman yang ensem kononnye tu.Pada hari berkenaan hanya seekor tongsan sahaja berjaya ditumpaskan.

2 comments:

rockyan said...

bro klu dpt udg bsar cmpk2 la kat kite

anas said...

udang takda la bro.nak campak mcmne.haha

Post a Comment