Hari saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam, dan hari demi hari. Aku, menahan rasa ini. Semua benda yang aku lakukan serba - serbi tak kena. Something wrong some where, i think, i must find the answer. Setelah dikenang - kenang, dinilai dan memuhasabah diriku ini, akhirnya aku temui jua masalah yang melanda diriku ini..
Berkata dihatiku sendirian "patutla..dah berape hari aku x pg mancing, patut mcm sangap je. Pukul berape skarang ye".
Jam menunjukkan, fourteen thirty hour (1430 hrs). Maka, dengan ucapan basmallah, dengan disertai langkah kanan, aku menuju ke bilik rakan ku Aiman.
Aku pun berkata " Haduss man..sangap ni..jom ar..bernafu giler nie.."
" Hang gila! Aku laki woi!" Aiman membalas keras dalam loghat kodahnye.
"Memangla...aku nak ajak ko pg mancing..ko ingat aku nak ajk ko watpe." Kuang ajaq ang man,pakiaq yang bukan - bukan" Aku mereply kepada Aiman
"Owh, awat x habaq bagi clear...Hang nie habaq mcm tu mmgla. Ok - ok aku p rekrut budak - budak jap. Ramai bru syok!" Man habaq kat aku.
"OK Roger.." Aku meroger Aiman.
Setelah persiapan dibuat, aku, Aiman, Igbal dan beberapa orang rakan lagi pun memulakan pengembaraan. Disebabkan elaun x masuk maka kami terpaksa mengira bajet. Kami terpaksa mencari port mancing yang tidak memerlukan perbelanjaan tapi banyak hasil. Dengan kata sepakat yang membawa berkat, port dikenal pasti. Tak lain tak bukan, port yang diberi nama "Kolam Belakang". Ape tu? Kolam belakang bermakna, kolam yang terdapat di dalam kampus Raja Melewar ini.Ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat sebuah kolam di situ. Yang tau, geng tangkap ikan (GTi) maktab je. Hehe iaitu kami la dan beberapa staf maktab.
Mancing kolam belakang memang syok bile takde fulus nie..dapat ikan, leh goreng 3 rase..Hatta bermulalah memuaskan nafsu..
Gua memeg panas tengok Aiman, ayik die je naik ikan, aku ble pulak. Hampeh..Aiman dapat keli afrika..Seronok nampak.First time dapt keli afrika kat kolam nie.
0 comments:
Post a Comment